radeenaJuly 21st Female Skudai My preferred-networking-name is Syahidah Balqis. I'm a Malay+Javanese. Presently live in Skudai, Johor at Malaysia. I'm 14 and with gloriously, I tell you, I'm a student. I'm a medium-tall-girl. I'm a Muslim and I'm going to be a Hafizah al-Qur'an, forever in my life (insha-Allah). I speak Malay, Arabic, Javanese, English and Japanese languages. But I don't talk Japanese too much. I love Science and Biology forever! My best pals are Zulaikha and Hawa. Mi!!! is my favourite shouting style. I love animals and nature. My great unseperatable colour is green! Furthermore, my favourite activities are reading novels (J.K Rowling's and Faisal Tehrani's novels), surfing internet and swimming. My wish is that I hope I can be a Hafizah wa Hamalatul Qur'an in my life and working with animals! Please, always expect the unexpected!
|
|
Sunday, October 01, 2006
Ana PinDaH ^_^...Destinasi seterusnye... syahidah wa yume dakara...
sorry for any inconvinience... I won`t update this blog anymore... well, maybe.. sumtimes... I will always keep my steps with me... reaching for mardhatiLLAH... reaching for His Jannah...
Wassalam.. : tear drops :(
Posted at 07:32 pm by radeena
Permalink
Friday, September 29, 2006
imtihan belum berakhir lagi. cuti ni tak boleh main-main... huhuhhuu... ^~^
Posted at 06:31 pm by radeena
Permalink
Monday, September 04, 2006
Kita Selalu Dekat Di Hati.... Biar Pun Jauh Dekat di Hati...
Assalamu'alaikum...

Petang tadi, ana mula-mula menjinakkan diri denagn paint sebab takde adobe photoshop. Inilah hasilnya daripada gambar yang dipetik waktu S.A.K hri tu. Buat Awa dan Ika, jangan marah Aqis... Hehehe... Yang lain pula, jangan menggatal tangan tu nak curi gambar ni. Klau nak, minta izin daripada empunya blog ini... Wassalam...
Posted at 07:56 pm by radeena
Permalink
Thursday, August 31, 2006
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan!
NEGARAKU
Negaraku
Tanah tumpahnya darahku
Rakyat hidup
Bersatu dan maju
Rahmat bahagia
Tuhan kurniakan
Raja Kita
Selamat bertakhta
**************
LAGU JALUR GEMILANG (Lagu asal: Benderaku)
Komposer dan lirik oleh Tony Fonseka
Jalur Gemilang ku yang gagah perkasa
Merah putih kuning biru warnanya
Berkibar megah penuh bercahaya
Pusaka kita rakyat Malaysia
Jalur Gemilang oh bendera ku
Ku pertahankan sepenuh raga ku
Dikaulah lambang negara berpadu
Di bawah naungan Duli Tuanku
Berkibar terus oh bendera ku
Kau kan ku junjung sepanjang waktu
Harumlah nama negara yang tercinta
Padamu tempat taat dan setia
Jalur Gemilang bendera kita
Kemegahan rakyat kita semua
Berkibar berkibar di ruang angkasa
Dirgahayu bendera tercinta.
**************
KERANAMU MALAYSIA
Komposer dan Lirik: Pak Ngah / Siso Kopratasa
Keranamu Malaysia
Buruh, nelayan dan juga petani
Gaya hidup kini dah berubah
Anak-anak terasuh mindanya
Lahir generasi bijak pandai
Pakar IT, pakar ekonomi
Jaguh sukan dan juga jutawan
Berkereta jenama negara
Megah menyusur di jalan raya
Alam siber teknologi terkini
Kejayaan semakin hampiri
Biar di kota ataupun desa
Kita semua pasti merasa bangga
Keranamu kami mendakap tuah
Keranamu kami bangsa berjaya
Keranamu kami hidup selesa
Limpah budi kemakmuran negara
Keranamu kami bebas merdeka
Keranamu myawa dipertaruhkan
Keranamu rela kami berjuang
Demi bangsa kedaulatan negara
(ulang dari awal)
Keranamu Negara Malaysia
Malaysia...
Terima kasih Malaysia !
**************
31 OGOS
Penyanyi: Sudirman
Komposer dan lirik: Ahmad CB
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah
Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka
Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka
Sumbangan: Duke Amiene Rev(Pengkritik Blog) ~ Syukran PB! ~
Posted at 04:53 pm by radeena
Permalink
Wednesday, August 30, 2006
Yokatta!!! Setelah sekian lama....
Assalamu'alaikum buat semua....
Aqis geram sebab semalam server blogdrive tak berapa baik. Bukak banyak-banyak kali, tak ada juga. Huh, nasib baik Aqis sabar... Aqis minta maaf sangat-sangat sebab dah terlampau lama Aqis tak masukkan entry baru. Nak dekat seminggu rasanya. Ee, mana boleh tahan...
Aqis rasa Aqis nak buat perubahan pada blog Aqis. Aqis rasa bosan bila perhati blog Aqis yang gelap ni. Hidup mesti ceria kan??? Esok hari merdeka... adi esok cuti. Rancang nak buat esei dan saak untuk pertandingan kat sekolah. Hantar hari Jumaat... I'll do my bEst !
Hari Jumaat nanti di sekolah ada program S.A.K. Apakah S.A.K??? Hehe, S.A.K tu Saya.Awak.Kita dengan slogan program : Friendship Fillah Abadan Abada... Tak sabar rasanya....
Aqis sebenarnya menghilang 6 hari sebab dari hari Khamis Aqis bercuti ke Utara. Aqis lawat saudara Aqis yang baru saja berpindah ke Kedah. Sebelumnya, Aqis singgah di rumah mak cik Aqis di Sg. Besar. Rindu juga Ais dengan sepupu-sepupu Aqis... Berbalik cerita di Kedah, Aqis telah pun merayau-rayau dengan keluarga ke sempadan-sempadan Thailand: Bukit Kayu Hitam; Padang Besar; Wang Kelian. Masa merayau-rayau di Bkt Kayu Hitam, Aqis dan keluarga singgah di Zon iaitu kompleks bebas cukai di sana. Di situ Aqis pun belilah key-chain yang ada patung kura-kura comel. Aqis bagi namanya Torty atau Toti ( Bukan Kak Totin tau! )
Seronok juga jelajah bahagian Utara ni... Selalu bahagian yang dah biasa saja macam KL dll. Kemudian, Aqis pergi ke Pulau Pinang bahagian Bukit Jambul sebab ikut Abah ke kerja. Aqis masa tu nak sangat masa baliknya nak naik feri, tapi masa tak mengizinkan... Nak rasa juga naik feri. Asyik guna laluan Jambatan Pulau Pinang saja. Hehehe...
Sebenarnya Aqis baru sahaja selesai muqarar juz 2 semalam. Hari ni sudah masuk juz 3. Hari ni sudah tasmi' 4 muka. Jadi, tinggal lagi 16 muka untuk habiskan muqarar form 1 dan form 2. Maaf ye, kalau pembaca tida faham, sila rujuk entry-entry sebelum ini untuk lebih faham. Aqis ni insha-Allah, ingin menjadi Hafizah wa Hamalatul Qur'an abadan-abada.... Doa'-doa'kanlah ye...
Baiklah, rasanya setakat di sini saja Aqis nak membebel hari ni... Hehe... Kalu ada yang tersinggung atau terasa dengan blog ini, maafkanlah tuannya ye... Ilalliqa' wa ma'as salamah...
Posted at 07:26 pm by radeena
Permalink
Tuesday, August 22, 2006
Penyebab Hati Jadi Tidak Bahagia
Inilah antara sifat mazmumah utama yang menghilangkan bahagia di
hati ialah :
*1. Pemarah
*Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak
di dalam diri manusia.Orang seperti ini jarang
mendapat kawan dan hati
tentunya tidak terang. Lagipula, siapa yang mahu dekat kalau asyik marah saja.
*2. Pendendam
*Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada.
Orang seperti ini sentiasa mencari-cari
peluang untuk membalas dendam
hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti
sakitkan hati atau
tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang
pendendam mudah kena
sakit jantung.
*3. Hasad dengki
*Amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia
memiliki sifat ketuhanan. Dengki-mendengki satu sifat yang amat tak elok.
*4. Bakhil
*Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta,
kesenangan, pangkat dll.dari dirinya. Contohnya
sentiasa berdalih
mengatakan ia tiada duit.(rezeki yang diberi oleh
Allah elok dikongsi
bersama..contohnya dengan menderma)
** Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi
pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil.
Kerana walaupun fasiq,
pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain
kerana kadangkala
rezeki itu Allah beri melalui makhluk.
*5. Tamak
*Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya
tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini
ibarat meminum air
laut… walau berapa banyak yg diminum tetap tak habis juga
lagipula orang tamak
selalu rugi..
** Ingat! Yang dikatakan harta atau rezeki kita
bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi
tidak diguna iaitu
disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita.
(mungkin ada hak orang lain di situ)
Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat
keberkatan iaitu dapat
dimanfaatkan.
*6. Tidak sabar
*Andainya perkara yang kecil pun tidak boleh
bersabar
apatah lagi hal-hal yang lebih besar.
*7. Ego
*Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang
paling tidak tenang.Orang yang memiliki sifat ini
pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. .. pasal
semua orang mempunyai
egonya sendiri.. cuma tinggi/rendah tahap keegoan
tersebut.
*8. Riak
*Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari
peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di
depan orang. Jika ia
dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji,
ia akan mengurangkan
amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dgn
apa yg kita ada.
*9. Cinta dunia
*Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana
bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah
tidak mengapa tetapi
kawal hati jangan
diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg
soleh/solehah.
**Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat
ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi
letakkanlah akhirat itu di
hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang
dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.
*Kesimpulan
*Jadi yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah
secara TOTALnya
disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dllnya.
tetapi ialah MAZMUMMAH.
-Makin tinggi mazmummah seseorang, makin ia tidak bahagia.-
Samada bermujahadah atau biarkan saja mazmummah
itu,kedua-duanya tetap
menderita tetapi andainya bermujahadah kita akan
dibantu Allah dan akan
bahagia jua akhirnya. So..sama-samalah kite sentiasa
ingat mengingati
antara satu sama lain.
Posted at 07:17 pm by radeena
Permalink
Bosan... Cuti....Minta Pendapat Lagi...
Assalamu'alaikum semua...
Hmm, cuti sekolah kali ini membosankan juga... Lagi pula 'Independence Day' dah hampir...Macam-macam aktiviti yang Aqis sertai kat sekolah...Esei...Dokumentasi Tokoh Kemerdekaan... Jangan lupa juga 'homework' yang menggunung bak Gunung Ledang yang tak siap-siap lagi.
Sebut pasal kemerdekaan ni, Aqis suka cakap pasal minda dan jiwa kita, rakyat Malaysia, masih belum merdeka...Ya, pada zahirnya negara ita merdeka..tetapi adakah kita merdeka??? Kita memang mudah terleka bila Barat menyuntik jarum untuk merosakkan umat Islam...Keruntuhan akhlak adalah salah satu kesan yang Aqis rasa dah tak boleh nak buat apa dah. Hmm, seperti yang pernah Aqis baca : "Janganlah kita me-layu-kan diri kita bila musuh membuat gerak-geri mereka...'. Satu peringatan yang bagus bukan? Jadi, Aqis minta supaya semua fikir-fikirkanlah tentang perkara ini...
Jangan terkejut ya, Aqis memang suka berceloteh. Hmm... Aqis selalu memikirkan apa yang Aqis mahu jadi fil mustaqbal. Aqis kepingin jadi muslimah yang solehah yang taat pada Allah, Rasulullah dan juga taat pada perintah Abah dan Mama... Dari segi kerjaya, Aqis ingin sekali menjadi pakar perubatan Haiwan tau yang selalu kita sebut veterina...Aqis juga ingin membuat penyelidikan tentang haiwan-haiwan liar seperti Steve Irwin dengan rancangannya 'The Crocodile Hunter'. Menarik sebenarnya kerjaya dengan alam ciptaan Tuhan... Aqis cintakan haiwan dan tumbuh-tumbuhan...
Aqis ini juga suka meminta pendapat orang lain. Jadi apa pendapat anda tentang kerjaya kita. Adakah kita mesti memaksa diri kita mendapatkan kerjaya yang kita inginkan atau sebaliknya? Bagaimana pula persepsi anda tentang kerajaya yang berpendapatan rendah namun tanpa mereka, haru jadinya kita. Contohnya seperti nelayan, posmen dan macam-macam lagi. Hmm, baiklah Aqis minta mengundur diri. Insha-Allah, esok Aqis ingin menulis lagi...
Ilalliqa'...
Posted at 06:07 pm by radeena
Permalink
Al-qur'an Penenang Qalb...Pengubat Kesedihan...
DALAM Islam, bukan membaca al-Quran saja yang menjadi ibadat dan amal yang mendapat pahala dan rahmat, malah mendengarnya pun mendapat balasan. Malah, sebahagian ulama mengatakan bahawa, mendengar orang membaca al-Quran, pahalanya sama dengan orang yang membacanya.
Pahala orang mendengar bacaan al-Quran dengan jelas disebut dalam firman-Nya yang bermaksud : “Dan apabila dibacakan al-Quran, maka dengarkanlah baik-baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat.” (Surah al-A’raaf, ayat 204)
Demikian besar mukjizat al-Quran sebagai wahyu Ilahi, yang tidak bosan-bosan orang membaca dan mendengarkannya. Malah, semakin sering orang membaca dan mendengarnya, semakin terpikat hatinya kepada al- Quran. Apabila al-Quran itu dibaca dengan lidah yang fasih, dengan suara baik dan merdu, ia akan memberi pengaruh kepada jiwa orang yang mendengarnya, sehingga seolah-olah yang mendengarnya sudah ada di alam ghaib, bertemu langsung dengan Khaliknya.
Keadaan orang mukmin tatkala mendengar bacaan al-Quran itu, digambarkan oleh firman Allah sebagai berikut:
“Sesungguhnya, orang yang beriman itu, hanyalah mereka yang apabila disebut (nama) Allah, gementar hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-Nya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya dan kepada Tuhanlah mereka bertawakal.” (Surah al-Anfaal, ayat 2).
Diriwayatkan bahawa suatu malam, Nabi Muhammad saw mendengar Abu Musa Al Asy'ari membaca al-Quran sampai jauh malam. Sepulang ke rumah, Baginda ditanya oleh isterinya, Aisyah: “Apa sebabnya pulang sampai jauh malam? Rasulullah menjawab bahawa Baginda terpikat oleh kemerduan suara Abu Musa Al Asy'ari membaca al-Quran, seperti merdunya suara Nabi Daud.”
Dalam riwayat, banyak diceritakan, betapa kuatnya kesan bacaan al-Quran terhadap hati orang kafir. Selepas mereka mendengar bacaan al-Quran, tidak sedikit hati yang pada mulanya keras dan marah kepada Muhammad serta pengikutnya, berbalik menjadi lembut dan mahu mengikuti ajaran Islam.
Rasulullah sendiri sangat gemar mendengar bacaan al-Quran daripada orang lain. Dalam sebuah hadis, yang diriwayatkan oleh Bukhari, disebutkan bahawa Abdullah Ibnu Mas’ud menceritakan sebagai berikut : “Rasulullah berkata kepadaku: “Hai Ibnu Mas'ud, bacakanlah al-Quran untukku!” Lalu aku menjawab: “Apakah aku pula yang membacakan al-Quran untukmu, ya Rasulullah, padahal al-Quran itu diturunkan Tuhan kepadamu?” Rasulullah menjawab : “Aku senang mendengar bacaan al-Quran itu daripada orang lain.”
Kemudian Ibnu Mas’ud membacakan beberapa ayat dari surat an-Nisaa. Rasulullah sangat terharu tatkala bacaan Ibnu Mas’ud itu sampai kepada ayat ke-41 yang berbunyi: “Maka bagaimanakah (halnya orang kafir nanti), apabila Kami mendatangkan seorang saksi (rasul dan nabi) dari tiap-tiap umat dan Kami mendatangkan kamu (Muhammad) sebagai saksi atas mereka itu (umatmu).”
Rasulullah lalu berkata: “Cukuplah, sekian saja, ya Ibnu Mas'ud!” Ibnu Mas'ud melihat Rasulullah menitiskan air matanya serta menundukkan kepalanya.
Koleksi Artikel myMasjid
Posted at 10:21 am by radeena
Permalink
What's The Best Topic????
I don't know what topic would be best for me talk about...
Okay...
AlAqsa from the Arch View
LOVE...
What is LOVE really???
My First LOVE is forever for ALLAH...
2nd for the Prophet Muhammad S.A.W
3rd for Islam
4th for Myself
5th for My Family
6th for My Friends
7th for All what ALLAh have created...Nature...
Maybe someday thee will be other kind of LOVE....
So, what do you think about LOVE???~
I live for ALLAH to reach His Mardhiah...
I live to be His 'Abid...
I live to sacrifice myself for ALLAH and Islam...
Posted at 12:38 am by radeena
Permalink
Saturday, August 19, 2006
Assalamualaikum...
Alhamdulillah, dah selesai tugas ana sebagai sukarelawan Tabung Palestina. Sat ni baru balik dari Kota Raya menyukarelakan diri untuk buat kerja amal sambil buat pahala. Alhamdulillah... Best! Sebab nilah first time jadi sukarelawan rasmi...hehe...timba pengalaman untuk menghadapi kehidupan... I feel very lucky today! Wassalam...
Posted at 08:58 pm by radeena
Permalink
|
|
|